TERKENA API DI
KUBURAN
Diceritakan
dari Ibnu Hajar bahawa serombongan orang dari kalangan Tabi'in pergi berziarah
ke rumah Abu Sinan. Baru sebentar mereka di rumah itu, Abu Sinan telah mengajak
mereka untuk berziarah ke rumah jirannya. "Mari ikut saya ke rumah jiran
untuk mengucapkan ta'ziah atas kematian saudaranya." kata Abu Sinan kepada
tetamunya.
Sesampainya
di sana, mereka mendapati saudara si mati senantiasa menangis karana terlalu
sedih. Para tetamu telah berusaha menghibur dan membujuknya agar jangan
menangis, tapi tidak berjaya. "Apakah kamu tidak tahu bahwa kematian itu
suatu perkara yang mesti dijalani oleh setiap orang?" tanya para tetamu.
"Itu aku tahu. Akan tetapi aku sangat sedih kerana memikirkan siksa yang
telah menimpa saudaraku itu." jawabnya. "Apakah engkau mengetahui
perkara yang ghaib?" "Tidak. Akan tetapi ketika aku menguburkannya
dan meratakan tanah di atasnya telah terjadi sesuatu yang menakutkan. Ketika
itu orang-orang telah pulang, tapi aku masih duduk di atas kuburnya. Tiba-tiba
terdengar suara dari dalam kubur "Ah....ah....Mereka tinggalkan aku
seorang diri menanggung siksa. Padahal aku mengerjakan puasa dan solat".
Jeritan itu betul-betul membuatku menangis kerana kasihan. Aku coba menggali
kuburnya semula kerana ingin tahu apa yang sudah terjadi di dalamnya. Ternyata
kuburan itu telah penuh dengan api dan di leher si mayat ada rantai dari api.
Kerana kasihan kepada saudara, aku cuba untuk melepaskan rantai itu dari
lehernya. Apabila aku hulurkan tangan untuk membukanya, tanganku
terbakar."
Lelaki
itu menunjukkan tangannya yang masih hitam dan mengelupas kulitnya karana kesan
api dari dalam kubur kepada tetamu. Dia meneruskan ceritanya: "Aku terus
menimbun kubur itu seperti semula dan pulang dengan segera. Bagaimana kami
tidak akan menangis apabila mengingati keadaan itu?" "Apa yang biasa
dilakukan oleh saudaramu ketika di dunia?" tanya teman-teman Abu Sinan.
"Dia tidak mengeluarkan zakat hartanya." jawabnya.
Dengan
jawaban ini, teman-teman Abu Sinan membuat kesimpulan tentang kebenaran ayat
Suci Al-Quran surah Ali Imran yang artinya: "Sekali-kali janganlah
orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari
karunia-Nya menyangka, bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan
itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan
kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah-lah segala warisan (yang
ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan."
(Ali Imran, 180)
0 komentar:
Posting Komentar